Four In A Row Pengenalan Topik: Operasi Asas Matematik: Tambah; Tolak; Darab dan Bahagi Permainan ini direkakan untuk murid-murid sekolah rendah. Konsep pembinaan permainan ini berasaskan permainan Connects 4 . Namun, permainan ini telah diubahsuaikan dan ditambah baik dengan memasukkan soalan-soalan bertajuk operasi asas matematik untuk meningkatkan pemahaman murid dalam tajuk ini. Permainan juga direka bentuk untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik. Manual Pengg unaan 1. Permainan ini meme rlukan dua orang pemain di mana mereka perlu memilih warna petak jawapan terlebih dahulu, 2. Apabila permainan bermula, pemain 1 perlu menjawab soalan yang terdapat pada lubang yang dipilih. 3. Sekiranya jawapan adalah betul, pemain 1 dibenarkan untuk menjatuhkan petak jawapan pada lubang tersebut. 4. Kemudian, pemain ke-2 akan bermain dan permainan ini akan diter...