Four In A Row
Pengenalan
Topik: Operasi
Asas Matematik: Tambah; Tolak; Darab dan Bahagi
Permainan ini direkakan untuk
murid-murid sekolah rendah. Konsep pembinaan permainan ini berasaskan permainan
Connects 4. Namun, permainan ini
telah diubahsuaikan dan ditambah baik dengan memasukkan soalan-soalan bertajuk
operasi asas matematik untuk meningkatkan pemahaman murid dalam tajuk ini.
Permainan juga direka bentuk untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik.
Manual Penggunaan
1. Permainan ini memerlukan dua orang pemain di mana mereka perlu memilih warna petak
jawapan terlebih dahulu,
2. Apabila
permainan bermula, pemain 1 perlu menjawab soalan yang terdapat pada lubang
yang dipilih.
3. Sekiranya
jawapan adalah betul, pemain 1 dibenarkan untuk menjatuhkan petak jawapan pada
lubang tersebut.
4. Kemudian,
pemain ke-2 akan bermain dan permainan ini akan diteruskan secara
bergilir-gilir.
5. Namun,
sekiranya jawapan adalah salah, pemain tersebut tidak dibenarkan untuk
menjatuhkan petak jawapan dan permainan ini diteruskan oleh pihak lawan.
6. Pemain
yang dapat menyelesaikan satu set empat petak jawapan terlebih dahulu sama ada
secara mendatar, menegak atau pepenjuru akan dikira sebagai pemenang.
Hasil Pembinaan Model Four In A Row
Kelebihan
- Permainan Matematik ini dibahagikan kepada tahap yang berbeza, iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Soalan-soalan tersebut terdiri daripada yang senang ke susah. Murid-murid dapat belajar secara berperingkat semasa bermain.
- Permainan ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti pencapaian tahap murid dalam tajuk operasi asas matematik.
- Proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara berkesan dengan cara yang menyeronokkan.
- Cara permainan mudah dan tidak mengelirukan.
- Permainan ini dapat melatih murid-murid untuk menyelesaikan soalan matematik sambil meningkatkan kecerdasan minda para murid.
- Permainan ini merupakan salah satu bahan bantu mengajar sesuai digunakan untuk pelbagai topik seperti tajuk Wang, Pecahan dan sebagainya dengan menukarkan soalan yang disediakan.
- Permainan ini sesuai untuk penyelesaian masalah.







Comments
Post a Comment